Tuesday, August 14, 2007

Sejarah Lenggeng

Nama Lenggeng itu sendiri pada masa dahulunya adalah berasal dari nama seekor ikan yang disebut oleh orang Rawa sebagai ?Langging?. Lama kelamaan nama itu disebut sebagai Lenggeng. Maka hingga ke hari ini nama Lenggeng itu digunakan. Lenggeng telah dibuka oleh orang asli atau orang sakai sekitar tahun 1600-1700.
Sila rujuk LAMAN WEB DESA LENGGENG.

Waktu sekolah dulu ada jugak cikgu bertanya pasal asal usul nama Lenggeng ni.Ada yang kata dari sebatang lembing dan ada yang sama seperti di atas.Entah lah.

Sebuah kapal terbang British atau Jepun pernah terhempas di hutan Lenggeng berhampiran dengan kilang kayu balak Lenggeng . Sehingga kini , dikatakan kapal terbang tersebut masih berada di sana , jauh di dalam hutan di atas bukit.
Pada zaman Jepun , tentera Jepun telah membunuh lebih 100 penduduk Lenggeng keturunan Cina berhampiran dengan kilang kayu balak di Lenggeng. Mereka bekerja sebagai pekerja kilang kayu balak , penebang kayu balak dan anak beranak yang tinggal di situ. Dalam satu parit dalam dekat jalan , mereka dibariskan oleh tentera Jepun dan ditembak mati.
Salah seorang peniaga pasar malam yang masih hidup bernama Yaw Kong Sang (85 tahun ) yang tinggal di Kampung Baru Semenyih menceritakan peristiwa tersebut dan masih menyimpan 8 keping surat kematian saudara maranya. Beliau pernah menuntut pampasan dari kerajaan Jeun di atas kekejaman tentera Jepun pada tahun 1991. Sehingga kini tuntutan tersebut belum berjaya dengan alasan kerajaan Jepun memberi 'pampasan' dalam bentuk kapal kepada kerajaan Malaysia. Yaw Kong Sang bersedia menunjukkan lokasi kapal terbang itu terhempas.

Sumber dari wikipedia

No comments: