Mukim Lenggeng terletak dalam daerah Seremban , di negeri Sembilan . Kira-kira 16 km di utara Seremban. Lenggeng merupakan bahagian negeri Sembilan yang bersempadan dengan Beranang negeri Sembilan . Jadi sebahagian kampung di Selangor terletak juga di negeri Sembilan . Ini berikutan sempadan negeri yang tidak begitu jelas, tidak ada sungai sempadan yang jelas untuk memisahkan Selangor dengan negeri Sembilan.
Kampung dalam mukim Lenggeng
-Kampung Lenggeng
-Kampung Ulu Beranang
-Kampung Mendum
-Kampung Daching
-Kampung Rawa
-Kampung Tarun
-Kampung Sungai Machang
-Kampung Broga
-Kampung Sungai Jai
-dan banyak lagi kampung-kampung lain.
Setiap kampung mempunyai ketua adat masing-masing yang di panggil 'Tua Waris'. Terdapat juga suku orang Minangkabau yang bertumpu ke luak-luak di Negeri Sembilan sebelum mereka menetap di Kampung Lenggeng ini. Bagi menjamin kebajikan mereka di luak Sungai Ujong maka tiap-tiap suku diberi 'Tua Waris' bagi menjadi wakil mereka dalam urusan adat dan pentadbiran di Balai Undang Luak.
Antara kampung yang terbahagi 2 di atas sempadan ataupun dengan kata lain bersempadan dengan kedua-kedua negeri ialah :
-Kampung Sungai Jai
-Kampung Daching
-Kampung Ulu Beranang
-Kampung Broga
-Kampung Tarun
Saturday, September 30, 2006
Kedudukan
Posted by syarol at 2:42 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)